Isnin, 7 Disember 2015

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, dalam operasi di sekitar perairan daerah ini semalam. Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Kapten Anor Jaafar, berkata semua PATI termasuk seorang kanak-kanak berumur empat tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.58 petang dalam sebuah bot yang sedang menuju ke perairan Sungai Nyamuk, Indonesia. "Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan dan enam awak-awak, iaitu tiga wanita dan empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak di atas bot berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, semua yang ditahan dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah. Katanya, semua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/102961

komen:
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini merupakan masalah kepada negara, kedatangan mereka ke negara ini mengundang pelbagai masalah yang boleh menyebabkan isu-isu jenayah. pihak berkuasa mempunyai hak untuk menangkap mereka dan menghantar mereka ke negara asal.

Lirik Lagu Jasa Bonda – Warisan


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
( ulang 2 & 1 )

komen:
lagu ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu yang memberikan hak untuk anak nya menikmati kebahagiaan hidup walaupun kehidupan mereka dirundung kemiskinan.

Selasa, 27 Oktober 2015


LAGU DAMAI YANG HILANG -NOWSEEHEART

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengkataan
Komen :
Lagu Damai Yang Hilang menceritakan tentang peperangan yang berlaku di Iraq , Lubnan dan Palestin. Umat Islam di negara tersebut dibunuh tidak mengira wanita atau kanak-kanak. Askar-askar Israel yang tiada sebesar zarah nilai kemanusiaan membunuh, merogol kanak-kanak tersebut. Kekejaman yang dilakukan amat melanggar hak asasi setiap individu yang sepatutnya mereka hormati. Hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan dinafikan malah sekolah-sekolah juga dimusnahkan.

CUCUH PUNTUNG ROKOK DI PUNGGUNG DAN BADAN
Oleh Rosliza Mohamed
Kota Bharu: Polis menahan lelaki berusia 33 tahun,
5.30 pagi tadi di kawasan tali air dekat Kampung Sri Cemerlang,
di sini, kerana disyaki mendera teman wanita dan anak perempuan
wanita itu yang berusia dua tahun.
Penahanan itu susulan laporan polis yang dibuat ahli keluarga mangsa
di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa dan ibunya
sebelum itu dikurung di dalam sebuah rumah di Tanjung Chat, di sini
oleh suspek selama seminggu.
"Mangsa ditampar hingga lebam kedua-dua mata, dicucuh dengan
puntung rokok di punggung dan badan selain mengalami beberapa kecederaan lain.
"Suspek ditahan reman tujuh hari mulai hari ini sehingga 2 November,"
katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Beliau berkata, ibu mangsa turut didera dan kedua-duanya dirawat di
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 343 Kanun Keseksaan
dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 27 Oktober 2015 @ 6:04 PM

Komen : Setiap manusia mempuyai hak untuk hidup bebas tetapi bagi kes di atas hak kebebasan untuk hidup telah dinafikan. Wanita berkenaan berserta anaknya yang  berumur dua tahun telah dikurung dan didera. Mereka sepatutnya menghormati hak wanita tersebut dan anaknya juga mempunyai hak seperti kanak-kanak lain yang sepatutunya diberi kasih sayan bukannya dikurung dan didera.