TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, dalam operasi di sekitar perairan daerah ini semalam. Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Kapten Anor Jaafar, berkata semua PATI termasuk seorang kanak-kanak berumur empat tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.58 petang dalam sebuah bot yang sedang menuju ke perairan Sungai Nyamuk, Indonesia. "Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan dan enam awak-awak, iaitu tiga wanita dan empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak di atas bot berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, semua yang ditahan dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah. Katanya, semua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/102961
komen:
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini merupakan masalah kepada negara, kedatangan mereka ke negara ini mengundang pelbagai masalah yang boleh menyebabkan isu-isu jenayah. pihak berkuasa mempunyai hak untuk menangkap mereka dan menghantar mereka ke negara asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan